Sunday, November 14, 2010

Sugar Love Cookies - Kau dan Aku



sugar love cookies-kau dan aku

Penyanyi: Sugar Love Cookies
Tajuk Lirik Lagu: Kau Dan Aku (Feat. Melda Ahmad)
(P)
BERLARI LARI AKU MENGEJAR MU DI DALAM MIMPIKU
BINTANG2 TERTAWA MELIHAT TINGKAH LAKU KITA BERDUA
SANG PURNAMA TURUT MENYINARI TAMAN CINTA KITA
INSAN TERTAWA KERIANGAN KERANA KITA SEDANG BERCINTA
(L)
SAAT PERTAMA KITA BERJUMPA ENGKAU MENINGGI DIRI
KATAMU AKU TAK LAYAK UTK MEMILIKI CINTAMU
TAK KU PEDULI KERANA ENGKAU YANG TETAP KU MAHU
AKHIRNYA KINI ENGKAU TELAH PUN MENJADI
MILIKKU
(L/P)
AKU TAKKAN PERNAH
MELUKAKAN PERASAAN
HATIMU
KERNA KU MENCINTAIMU

Thursday, November 11, 2010

aKU DAn peTER pAn



>meNuGGumU<
Di dalam sebuah cinta, terdapat bahasa,
yang mengalun indah, mengisi jiwa
Merindukan kisah, kita berdua,
yang tak pernah bisa, akan terlupa
[Reff]
Bila rindu ini, masih milikmu,
ku hadirkan sebuah, tanya untukmu
Harus berapa lama, aku menunggumu,
aku menunggumu
Di dalam masa indah, saat bersamamu
Yang tak pernah bisa, akan terlupa
Pandangan matanya, menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta, aku bertanya
[Reff] ~
aku menunggumu…
aku menunggumu…
Dalam hati ku menunggu
Dalam hati ku menunggu
Aku…
Dalam lelah ku menunggu
Dalam letih ku menunggu
Aku… masih menunggu
Bila rindu ini, masih milikmu
Ku hadirkan sebuah…
Harus berapa lama, harus berapa lama
Aku menunggumu, aku menunggumu
Aku menunggu…
Aku menunggumu
Dalam hati ku menunggu
Dalam lelah ku menunggu
Dalam hati ku menunggu
Dalam lelah ku menunggu
Dalam hati ku menunggu
>) dari dulu sampai sekarang lagu nie menjadi hawa telinga aku kerna liriknya bermakne bg aku menunggu si dia......(<

Sunday, November 7, 2010

teater angin...first experience..

Babak 1

Masa : waktu siang ( bila-bila masa)

Tempat : Di mana-mana. Tanah yang lapang dan udara yang cerah. Kelihatan seperti di tengah-tengah gurun ataupun di tepi pantai yang terbentang luas.

Lampu sport menyuluh ke tengah pentas yang lapang. Muzik: biola solo yang mengiringi lagu “oh angin”.

Suara latar: Dengarkan lagu merdu ini … (gema) oh angin ….. Sampaikan salamku di angin lalu….Suara hati, suara perasaan, suara harapan….. ialah suara-suara kebeningan…..

Angin: Bertapa bangganya aku….Apabila seluruh manusia memuja aku rupanya. Alangkah! (tersenyum riang). Disanjung dan dimuliakan, begitu bahagianya hidupku ini…… Aku dipuja dan disayangi. (ketawa riang) Hanya aku yang menjadi pujaan ramai. ( menari-nari kesanan kemari) Aku begitu lembut dan syahdu. Sehingga semua orang mengakui kelembutan suara aku. Nyanyianku begitu merdu. Desir daun yang ku tiup adalah seruling nikmat!

Matahari : (Tiba-tiba muncul berlari kencang ke tengah pentas lalu mendepangkan tangannya) Hei angin…. Apakah yang kau madahkan seorang diri begitu? ( sombong dan angkuh) Apa kau sudah gila? Bercakap sendirian tanpa tempat mengadu nasib mengadu untungmu? (menepuk dada) Kita hidup mestilah saling bantu. Jika tidak….

Angin : Kenapa ? (hairan)

Matahari : (Ketawa kuat) Buruk nanti akibatnya.

Angin : (berlagak sama) Wahai matahari, jangan kau bercakap sebarangan . Kau pun tau, bukankah aku ini menjadi pujaan manusia pada masa kini? Manusia mengatakan suaraku merdu, belaianku lembut dan mesra….Malah menghayalkan… Tidak macam kau yang dibenci oleh mereka ( mencermikkan mukanya). Meraka kata kau menyebabkan mereka kepanasan! Mereka juga mendakwa sampai berpeluh-peluh apabila kau muncul. Memanglah kamu ni suka sangat menyusahkan orang lain.

Matahari : (Ketawa kuat dan panjang-panjang) Angin! Angin! Sungguh lancang mulutmu. Tidak ubah seganas tingkah lakumu…. Kau juga jangan lupa bahawa kau menyebabkan manusia marah! Dan mengutukmu! Kata mereka, kau binasakan segala yang tertegak di muka Bumi sampai menyembah tanah! (mengejek) Itukah yang kamu katakana lembut dan mesra? (Mendabik dada) Tapi…. Aku juga banyak memberi jasa kepada manusia. Jika aku tiada, manusia hidup meraba-raba dalam kegelapan. ( Ketawa lagi) dan bagaimana pakaian mereka hendak kering di jemuran???

Angin:(tersenyum lebar) kau ketinggalan zaman rupanya.(ketawa besar) bukankah zaman sekarang orang pakai washing machine yang boleh mengeringkan terus pakaian?(mengejek) dan apa perlunya kau lagi?

Matahari:(marah bukan main) cis! Angin. Kau pun apa kurangnya?kau seperti lupa bahawa zaman sekarang tidak perlu ada kau lagi.untuk mendinginkan badan manusia, mereka telah mencipta kipas angin dan penyaman udara!

Angin: ahhhhhh, bagaimana kalau penyaman udara mereka rosak?(mengejek sinis) tentu mereka akan memanggil aku.”wahai angin, datanglah kau! Duhai angin berhembuslah…..(tersenyum lebar) datanglah bertiup bertiup sepoi-sepoi bahasa, agar kami merasa nikmatnya.”

Matahari: kau hanya berangan-angan angin! (mengejek jijik) kau juga lupa jika pakaian mereka lembap, mereka juga akan memanggil aku kau tahu? (menyindir) lalu mereka pun berkata dan merayu kepadaku, “wahai matahari,muncullah segera kau untuk mengeringkan pakaianku, muncullah matahari, matahari ku tersayang!”

Angin: (gelak-gelak mengejek) nampaknya antara kita… tiada siapa yang mahu mengalah. Kita perlu beradu nasib. Aku cadangkan, satu pertandingan yang khusus perlu dilangsungkan. Dan kita mesti memanggil saksi-saksi serta panel hakim bagi penentuan.(tersenyum lebar).

Matahari:(mengangguk) cadanganmu baik sekali! Dan aku terima cabaran itu! Sudahlah angin… memang dasar kamu begitu. Bila baik semuanya hakmu. Tapi kau jangan pula lupa, akibat kau juga manusia sering bergaduh! Ya, mereka mengatakan adanya khabar-khabar angin membuatkan fitnah berleluasa ! tapi tidak ada pula khabar matahari yang mengadudombakan manusia. Betul tak?(menundingkan jarinya kepada angin)

Angin: (marah semula dengan meninggikan suaranya) hei, matahari! Kau masih berdegil ya. Nanti aku akan panggilkan teman setiaku Ribut untuk menghapuskan kamu semua, baru padan muka kau itu…(ketawa bangga).

Matahari: (memandang kea rah penonton semua) wahai manusia, siapakah yang mahu kamu rapati. Aku atau angin?(suara lantang)

Suara latar: (suara ramai dari bawah) kami mahukan angin…kerana kami sangat kepanasan!

Matahari: celaka kalian manusia. Kepanasan yang kamu alami itu bukan kerana panahansinar kami….sebenarnya kehangatanmu itu adalah akibat pollution!(geram) baiklah..jika kalian mahu merasakan penanganku, nah terimalah ini habuan kalian semua!(ketawa berdekah-dekah)

Suara latar: aduh…panasnya! Panas terik begini bagaikan dalam neraka jahanam. Apakah dunia kini sudah bertukar menjadi neraka jahanam?(suara bergema)

Matahari: (ketawa kuat) rasakanlah….mintalah pertolongan daripada sahabat baikmu itu!(ketawa lagi).

Suara latar: (merayu) wahai angin, datanglah angin, tolong aku,tolong! Matahari menganggu aku.

Angin: kau dengar tak matahari? dengar itu! Bukankah manusia memanggil aku? Meminta jasa aku! Sebaliknya mereka itu membenci kau. (menyampah).

(tirai tutup)

Babak 2

MASA:Waktu siang (bila-bila masa)

Tempat:di mana-mana. Sebaik-baiknya di sebuah taman yang indah ada pohon-pohon rendang. Cuaca redup bagaikan hari hendak hujan. Bunyi guruh bersahut-sahutan dan disambut pula oleh kilat……

Suara Latar:Kilat memancar petir berdentum,hujan tak jadi baju yang basah. (ketawa mengilai panjang) Manusia! Manusia selalu melatah…. Guruh berdentum hujan tak jadi mengapa di buangkan air di tempayan sendiri? (menggema suara) hujan! Hujan akan turun! Hujan lebat akan turun membanjiri parit-parit dan longkang. Air! Air! Air banjir….

Awan:(Menekan perutnya yang buncit) berat rasanya kandungan aku ini. Akan kuluahkan kepada bumi. Biar kurang penyeksaan ku ini.(Kelihatan bersedih)…

Hujan: (tersenyum menghampiri awan sambil menari-nari) baguslah tu ,aku kasihan melihat bumi. Banyak sekali pokok yang telah mati akibat ketiadaan aku. Mataharilah yang mengeringkan airku yang ada di muka bumi ini..

Matahari: (terkejut dan marah) hei,hujan! Kenapa aku pula yang kau persalahkan? Sudahlah Angin menuduh aku dengan macam-macam tuduhan…. Dia yang mencari fasal dengan aku…. (mencabar) kini,kau pula yang ingin mencabar kekuasaan kepanasanku ya?

Hujan: (lemah lembut merayu) Sang Matahari,kita adalah kejadiaan Allah yang sama.

Apakah baiknya jika kita saling bergaduh. (Mencebikkan bibirnya) kalau kita sesama kita bercakaran dan berbalah-balah… ada yang lain akan mencari keuntungan daripada perbalahan kita itu nanti,tahu? Bukankah elok jika kita bersatu.

Matahari:bersatu! (tersenyum mengejek sambil menggeleng-gelengkan kepala) maaf,maafkan….

Aku ialah planet yang paling digeruni semua…. (ketawa dengan takbur) mustahil! Mustahil aku akan bersatu dengan kau….. hujan yang akan menghilangkan kehabatan aku sendiri…..

Hujan: (naik maran dan meninggikan suaranya) janganlah kau bercakap besar matahari. Sedang awan sahaja melindungimu,kau sudah kekurangan tenaga,dan cahaya kau tidak akan sampai kebumi lagi….. (ketawa kecil) waktu itu manusia bersyukur kerana keganasanmu terbatas oleh awan…. Dan mereka berterima kasih pada sang awan… (tersenyum) betul tak begitu,awan?

Matahari: (menyampah dan marah) ahhh…. Kau jangan masuk campur urusan kami,hujan!

Hujan: (menyindir) kenapa tidak? Kerana kau terlalu angkuh dan sombong!

Awan: (meleraikan) bersabarlah sang matahari. Tidak baik jika kita memarahi sesama kita begitu. Mengapa pula kerana manusia,maka kita terpaksa bergaduh sesama sendiri?

Matahari: (bersuara keras) tapi… awan, antara kita perlu membuktikan siapakah yang lebih berkuasa dan lebih kuat tenaganya!

Awan: (tersenyum menyindir) apa perlunya kekuatan dan kekuasaan kita itu jika diri kita dibenci dan dicaci? Kita akan dipanggil diktator! Kita akan digelar pemusnah! Mahukah kau jika ada yang menggelar kau demikian?

Hujan: benar kata awan itu, sang matahari. (mengangguk bersetuju) kita pun tahu… bahawa awan telah melihat keseluruhan kehidupan di muka bumi sana, terutama sekali manusia dan segala macam haiwan dan unggas. Awan sentiasa berada pada setiap waktu tidak kira siang atau malam. Dia lah yang lebih memahami kehendak dan keperluan makhluk-makhluk di bumi itu….(mengejek) sedang kan kau sang matahari… hanya beradas sekerat hari! Begitu juga bulan dan bintang… hanya sekerat hari juga!

Matahari: (menunjuk kepada hujan dengan mengejek) sudahlah hujan ……..kau memang penakut! Kau hanya pandai membodek awan sahaja…..agar die tetap menyebelahi kau.kau tak ada pendirian sendiri!kau tak ada pegangan!

Hujan: sang matahari…!!!! (mengancam dam mengugut) nmpak nya kau masih berdegil ya.kau masih mahu berkeras ngan aku?kau fikir dengan kepanasan yang ada padamu itu sudah cukup kuat?maafkan aku duhai matahari.aku tetap akan membantu manusia,selagi aku diperlukan.aku tidak sampai hati melihat kemarau bermaharajalela akibat kesombongan kau…..kau lah menjadi puncanya!

Suara latar: (bergema)terima kasih hujan..

Terima kasih awan…

Kalian sungguh baik hati….

Hauskan kezaliman sang matahari.(merayu) akibat angkaranya lah kami semua merana kerana kemarau panjangnya.

Hujan: (diam bertafakur) kau dengar itu, matahari? (suara keras) manusia memuji kami dan mengutuk kau pula…

Matahari: (mengejek marah) aaahhhh…..manusia memag selalu tidak adil.bila aku gerhana,mereka jadi kelam kabut sekali bila aku tegas,mereka kata aku garang dan bengis pula!(masuk ke dalam.muzik lagu “katak oh katak” berkumandang)

Suara latar: (gema echo) hujan……oh hujan….hujan,kenapa kau tidak turun….,macam mana…..aku hendak turun,katak………tidak…panggil akuuuu…..

Awan: (mengaduh dan sedih) aduh! Sakitnya … sudah terlalu sarat kandunganku ini.aku rela melahirkannya. Aku khuatir akan membahayakan manusia sahaja….

Suara latar: (memujuk) jangan bimbang hujan,kali ini aku akan panggil kau. Hujan,turunlah! Basahilah bumiku yang sudah kering kontang ini. Hidupkanlah kembali tanaman dan pepohonan yang merimbun dulu…wahai awan,kau lahirkanlah segala isi hatimu…

Hujan: bersabarlah manusia.sebentar lagi sahabatku akan dating menjelma dalam tariannya…aku dengan izin awan yang mengumpulkan diriku ini,akan turun jua.

Awan: duhai hujan yang amat aku kasihi…bila aku lahirkan kalian nanti..bantulah manusia.jangan pula kalian membinasakan segala makhluk di dunia dengan kebanjiranmu itu!

Hujan: (memberi amaran) jaga kau matahari…aku akan menghilangkan kehebatan kau!(hujan turun renyai-renyai sambil ketawa).

Suara latar: (merungut) habis! Habis! Habislah segala-galanya…ini semua hujan punya angkara.hujan,hujan…

Hujan: (pelik) kenapa duhai manusia?tidak cukupkah lagi pertolongan yang telah aku berikan.

Suara latar: pertolongan? Pertolongan apa? Semua tanamanku kau hanyutkan.segalanya musnah! itukah pertolongan yang kau namakan?(benci dan kesal).

Hujan: (serba salah) heh…manusia.dahulu,kau juga yang memanggil-manggil aku.kini,kau pula memarahi aku. Jenis manusia apakah kau agaknya?(pelik).

Suara latar:hujan, (sedih dan merayu) kau telah menyeksakan kami. Bagaimana kami semua mahu mencari makan jikalau hampir semua sumber rezeki kami telah tertutup? Pohon getah kami tidak dapat ditoreh kerana basah. Padi kami dijemuran tidak akan kering. Malah kehadiran kamu yang berlarut-larutan, sampai berminggu-minggu telah menutup seluruh pintu rezeki kami!

Matahari: (keluar sambil memencak langkah silat) ya! Kenapa manusia? Aku lihat kau begitu sugul. Masih tidak puas dengan kehadiran sahabatmu hujan? (ketawa kuat).

Suara latar: memang aku sugul. (kesedihan) semua tanaman aku habis ditenggelami air. Banjir…

Matahari: (menyindir) siapakah yang buat angkara?

Suara latar: hujan!

Matahari: (meninggikan suaranya) kau dengarkah itu duhai hujan…manusia juga ikut memarahi kamu. Kerana mereka jemu dengan tingkah lakumu yang sombong itu! Kau memusnahkan segala harta benda mereka semata-mata. Kini… mereka mengharap aku pula. (ketawa kuat-kuat kemudian perlahan dan mati).

Babak 3

Masa: waktu siang(bila-bila masa)

Tempat: di mana-mana. Sebaik-baiknya di sebuah taman yang indah. Ada pohon-pohon rendang. Hujan turun rintik-rintik.

Suara latar: (berpantun)

Tinggi-tinggi si matahari,

Anak kerbau mati tertambat,

Sudah puas aku mencari,

Baru kini aku mendapat.

Matahari: (bangga) dengar tu hujan. Manusia menyanyikan laguku. Manusia memuji-muji aku.

Hujan: (bersahaja) terpulanglah kepada engkau bantulah manusia. Sebentar lagi aku akan datang membawa teman-temanku untuk menentangmu.

Matahari: (memujuk) wahai manusia, jangan bimbang. Aku akan tetap disisi kau. Aku tetap membantu kau dalam apa juga keadaan sekalipun. Tapi, kau hendaklah menyokong aku. Jika tidak susah bagiku mahu menolong…

Manusia: baiklah sang matahari. Aku berjanji akan menyokong kau.

Hujan: (memujuk) manusia, jangan risau. Aku akan membantu kau. Tapi, kau juga mesti menyokong aku.

Manusia: (serba salah) baiklah…hujan,aku akan menyokong kau.

Matahari: (tiba-tiba marah) cis! Manusia, kau rupanya seperti lalang yang ditiup angin. Tidak mempunyai pendirian yang tegas langsung!

Angin: (terkejut dan segera bangun menari) siapakah yang menyebut namaku itu?

Matahari: (ketawa mengejek) aku! Aku!

Angin: oh,kau rupanya sang matahari. Tidak habis-habis lagi rasa benci kau pada aku.jangan bimbang kita akan bertemu di gelanggang.

Hujan: (mencabar) hei, matahari. Setelah kau menentang aku, kini kau bermusuh dengan angin pula. Memang dasar kau yang kasar dan zalim.. begitu angkuh. Tapi, kau lupa bahawa setiap yang kuat dan zalim itu akan jatuh! Kerana ada lagi yang lebih kuat daripada yang terkuat, kau tahu?

Matahari: (ketawa menepuk-nepuk dadanya) itu adalah hak aku wahai hujan yang pelemah.

Angin: (mencabar dan mengugut) bersiap-siaplah kau wahai sang matahari. Aku akan panggil abang sulungku ribut dan taufan… jika aku kalah lagi,bapa saudaraku, puting beliung akan membantuku!

Ribut: wahai adikku angin. Apakah gerangan,lantas kau memanggil aku.

Angin: begini kakanda,matahari telah mencabar kita,dia ingin menunjukkan kekuatannya dengan beradu kekuatan pula dengan hamba! Dia ingin manusia menyokongnya pula.

Ribut: (ketawa megah) kalau begitu nampaknya manusia ini bagai gergaji dua mata!

Angin: malah bagaikan talam dua muka! (mencemikkan bibirnya) begitulah tabiatnya…

Ribut: (bersuara kuat dan lantang) heh.. semuanya. Marilah kita beradu tenaga! Kita buktikan kekuatan dan kehandalan kita pada manusia.

Matahari: baiklah!

Hujan: ayuhlah!

Awan: setuju!

Suara latar: (ketakutan) hentikan! Hentikan! Kalian yang beradu kekuatan… aku pula yang akan menjadi mangsa.

Guruh,petir sabung-menyabung,kilat pancar-memancar,deru angin dan ribut kuat sekali.

Suara latar: beginilah kisahnya sang angin,sang matahari, awan,hujan dan ribut. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Oleh sebab manusia sering mendengar khabar-khabar angin, buruk padahnya! Dek mendengarkan guruh di langit, air di tempayan habis dicurahkan… wahai manusia, insaflah kamu daripada akibat kejadian begini.. hanya kami minta… wahai angin. Sampaikan salamku di angin lalu! (muzik lagu “sampaikan salamku di angin lalu” didendangkan).

(Tirai ditutup)